Friday, December 5, 2008

Sepetang di Bukit Tinggi





Berita tentang blogger

Wartawan internet paling ramai dipenjara
Dec 5, 08 2:16pm
dikemaskini Wartawan dalam talian dan penulis blog kini lebih ramai meringkuk di penjara di seluruh dunia berbanding petugas media bukan Internet, lapor satu pertubuhan kebebasan media hari ini.

Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), dalam bancian mutakhirnya, mendapati 45 peratus petugas media yang ditahan terdiri daripada editor akhbar web dan wartawan dalam talian, serta pengendali blog.

"Wartawan dalam talian membentuk kumpulan profesional (media) buat pertama kali dalam bancian penjara CPJ," kata pengarah eksekutif pertubuhan yang berpangkalan di New York itu, Joel Simon.

Daripada 125 wartawan yang dipenjara tahun ini, sekurang- kurangnya 56 wartawan Internet - pertama kali mengatasi wartawan akhbar yang mengalami nasib serupa.

Pemberita dalam talian yang pertama dikenakan hukuman penjara pada 1997.

Kumpulan berikutnya, 53 orang, terdiri editor akhbar, wartawan mdia cetak dan jurugambar.

Tahun lepas, 127 wartawan dihukum penjara di seluruh dunia.

Kebanyakan wartawan Internet, atau 45 daripada yang ditahan itu, bekerja secara sambilan dan, oleh kerana tiada syarikat media, mereka tiada sumber atau hubungan politik untuk membela nasib mereka.

"Wartawan sambilan yang dipenjara meningkat 40 peratus dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini," kata Simon lagi.

Mereka selalunya dituduh melakukan kegiatan subversif, mendedahkan rahsia negara dan bertindak berlawanan dengan kepentingan nasional.

Kira-kira 59 peratus yang meringkuk di penjara berdepan dengan dakwaan-dakwaan sedemikian.

Sementara 13 peratus lagi tidak dihadapkan dengan sebarang pertuduhan. Taktik seumpama ini digunakan oleh kerajaan-kerajaan, antaranya, Amerika Syarikat, Iran, Israel, Uzbekistan dan Eritrea.

Seramai 16 yang ditahan ditempatkan di lokasi-lokasi rahsia.

Tambah Simon, sejak dua tahun lepas, pertubuhannya bersama syarikat Internet, pelabur dan kumpulan hak asasi berjuang mendesak kerajaan agar membuka ruang kebebasan di alam siber.

Dalam tempoh tersebut, kumpulan itu membentuk Global Network Initiative atau Inisiatif Jaringan Sejagat yang menyediakan garis panduan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi dan Internet menjaga hak kebebasan di dunia maya.

Syarikat-syarikat gergasi Yahoo, Google dan Microsoft termasuk dalam jaringan tersebut, tambah CPJ.

Menurut laporan itu lagi, China masih lagi negara yang paling ramai memenjarakan wartawan diikuti oleh Cuba, Burma, Eritrea dan Uzbekistan daripada 29 negara yang berbuat demikian.

Kelima-lima negara ini terus-menerus berbuat demikian sepanjang penelitian CPJ, laporan itu dipetik.
-petikan dari malaysiakini

Wednesday, November 26, 2008

Renungan bersama....

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,
"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga
ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,"Kalau ia
telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
kami
telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10
pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan
kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini sampai
bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada
terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta
kemewahan dunia. WALLAHUALAM...

keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..dari segala senjata..jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..

Friday, November 7, 2008

Tuesday, November 4, 2008

Kenangan di Kelana Jaya






<

Achoom Alhamdulillah

Dalam kehidupaný kita hari-hari,kadang-kadang banyak kali kita terbersin. Sehinggakan kita tidak perasan berapa kali kita terbersin. Bagi orang yang selesema atau resdung, bersin adalah perkara yang biasa.



Bagi orang Islam kita disunatkan mengucapkan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) bila terbersin. Kenapa ?, tentu ada hikmah disebaliknya. Apa yang kita ketahui bila terbersin akan keluar habuk-habuk dan kuman kotor yang memasuki hidung yang terlepas dari tapisan bulu hidung. Sebelum ianya memasuki paru-paru, otak dan salur pemakanan .Allah jadikan kita terbersin untuk mengeluarkannya dan melegakan lendir dalam kerongkong .


ýSelain daripada itu terbersin juga boleh menyebabkan satu kejutan kepada jantung dan akan mengepam secara pantas ke salur darah untuk mengelakkan salur darah tersumbat. Dengan ini kita tidak mudah mengalami salur darah tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi atau sakit jantung.


Terbersin juga menyebabkan satu gegaran kecil kepada otak yang menjadikan otak boleh berfungsi dengan baik.


Satu lagi hikmah ialah satu tekanan dari dalam badan terjadi bila kita terbersin dan membuka ruang-ruang roma bagi mengelakkan dari ianya tersumbat.




Disamping itu, terbersin juga boleh menghubungkan silaturrahim antara kita. Bila seorang itu terbersiný disunatkan mengucapkan ýAlhamdulillahý(Segala puji bagi Allah) sementara orang yang mendengar mengucapkan ýYarhammukallahý( Moga-moga Allah merahmatimu) dan dibalas semula oleh orang yang terbersin dengan ýYahdikumullah wayusshlihu balakum ( Moga-moga Allah memberi kamu hidayat dan membersihkan hati kamu). Ucapan-ucapan ini merupakan ucapan yang baik disamping adab-adab terbersin yang perlu menutup mulut dan hidung kita. Ini akan mengeratkan ikatan silaturrahim antara insan.

Tuesday, October 21, 2008

Ibadah Puasa

Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183
Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
Puasa enam hari pada bulan Syawal Puasa hari Arafah Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam Puasa bulan Syaaban Puasa Isnin dan Khamis Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masa Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri Puasa pada hari raya pertama Haji Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
Berakal Akhir Baligh (Cukup umur) Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA
Islam Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk) Suci daripada haid dan nifas Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA
Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Makan dan minum dengan sengaja Muntah dengan sengaja Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan Keluar darah haid atau nifas Gila Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA
Orang yang sakit Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km. Orang tua yang sudah lemah Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.


Fadhilat Ramadhan'

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

fakta atau auta (2)

1.Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

Monday, October 20, 2008

Rehat sejenak






Semasa Ulang tahun Mawaddah ke 3 pada 04-04-2007

Wednesday, October 15, 2008

Kerajaan.....

q Kerajaan bermaksud satu alat untuk menjaga hak dan harta rakyat
q Kerajaan mewakili perjanjian di antara pemerintah dan yang diperintah yang akan terus memberi sokongan selagi mana pemerintah menunaikan kawajipan mereka.
q Tanggongjawab kerajaan ialah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan memastikan wujudnya keamanan, keselamatan serta kestabilan politik dan sosio-ekonomi.


Bentuk Kerajaan:
1. Monarki:


q Monarki mutlak – bentuk kerjaan di mana sumber keseluruhan kuasa politik terletak di tangan pemerintah yang unggul.

q Monarki terhad – kuasa raja adalah dihadkan oleh perlembagaan bertulis atau nilai asas bangsa tersebut.
2. Aristokrasi
q Makna asal – kerajaan yang dipimpin oleh mereka yang bertauliah dan berpengaruh di dalam masyarakat dan pemerintahan mereka adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang murni.

q Makna sekarang – sebuah kerajaan dimana kuasa politik dimonopoli oleh segelintir kumpulan di dalam masyarakat.


3. Demokrasi:

q Demokrasi secara langsung – Rakyat megambil bahagian secara langsung di dalam aktiviti politik.

q Demokrasi tidak langsung/Demokrasi berperwakilan – kuasa pemerintahan di wakilkan kepada sekumpulan individu yang dipilih oeh rakyat melalui pilihanraya.


Sistem Kerajaan:
1. Sistem Unitary – sistem kerajaan yang “intergrated” di mana kuasa tertinggi terletak di tangan kerajaan pusat.
2. Sistem Persekutuan – kuasa pemerintahan diagihkan di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kuasa ini di kawal oleh perlembagaan di mana kedua-duanya tidak boleh campurtangan di dalam hal ehwal masing-masing.

Polar Kerajaan:
Kerajaan Demokratik terbahagi kepada:
1. Sistem Berparlimen – eksekutif dan legislatif di kawal dan dipantau oleh orang yang sama.
2. Sistem Berpresiden – eksekutif dan legislatif adalah terpisah namun masing masing-masing mempunyai kuasa “check & balance” ke atas satu sama lain.

Rejim tidak Berperlembagaan:
1. Rejim Totalitarian – kuasa di monopoli oleh sekumpulan individu tanpa adanya pihak pembangkang.
2. Rejim Autoritarian – pemerintahan dijalankan oleh satu kumpulan kecil seperti tentera, birokrat atau golongan agama/ kebebasan adalah terhad/ tidak wujud parlimen/ ada toleransi terhadap pembangkang.

Strategi Menghadapi Cabaran

Dalam strategi menghadapi cabaran ini, pelbagai method dan bentuk boleh digunakan. Bagaimanapun, berikut adalah antara cadangan alternatif yang boleh diambil oleh umat Islam bagi menghadapi ancaman dan cabaran ini.

1. Negara-negara umat Islam perlu membebaskan diri dari belenggu ideologi penjajah dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan. Seharusnya, dunia Islam perlu kembali kepada sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.

2. Pemantapan akidah Islamiyah dan semangat jihad di dalam diri setiap umat perlu ditanam. Tidak hairanlah apabila Abul A’la Al Maududi meletakkan jihad sebagai rukun islam yang keenam, bagi memperlihatkan betapa jihad merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi era masa kini.

3. Al-Quran dan Al-Hadith dijadikan rujukan semula perlaksanaan perjalanan hidup merangkumi segala urusan.

4. Para pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama. Pemerintahan Islam yang melindungi umat Islam daripada terkeluar agama (murtad) adalah amat penting bagi memelihara umat Islam daripada dipengaruhi dan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam.

5. Aktiviti sosial, kebudayaan tercemar dan kesenian yang merosakkan perlu dihapuskan sama sekali. Aktiviti-aktiviti hedonistik perlu dibasmi segera untuk mencapi matlamat kejayaan Islam.

6. Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dari taman asuhan mahupun ke peringkat universiti. Maklumat-maklumat dan pengetahuan agama yang diperolehi juga harus diteliti dan dikenalpasti terlebih dahulu agar tidak terpengaruh dengan strategi orientalis dan sebagainya.

7. Dakwah Islamiyah perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan. Ajaran Islam perlu disebarkan dengan cara yang mudah, praktikal serta lojik dan ilmiah Kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kehendak Islam semasa hendaklah digunakan termasuklah dengan menggunakan ilmu-ilmu moden seperti ilmu pedagogi, sosiologi, psikologi dan sebagainya.

8. Saingan teknologi dan perkembangan sains moden harus dihadapi dengan usaha-usaha positif oleh umat Islam bagi mengimbangi cabaran teknologi maklumat hari ini. Contoh yang terbaik ialah dengan pengasasan platform[1] ke arah penubuhan IslamNet oleh Liga Arab, bagi menyaingi Internet.

Cabaran Baru Umat Islam: ICT

Kemunculan teknologi maklumat dan komuniksai yang semakin canggih banyak membawa perubahan positif dalam dakwah dan perhubungan Islam. Dakwah umat Islam semakin lancar dan mudah disampaikan kepada seluruh manusia, namun perlu juga kita ingat bahawa penciptaan teknologi ini oleh barat sebenarnya dibayangi oleh propoganda mereka bagi digunakan untuk menyerang umat Islam dan seterusnya menguasai dunia. Teknologi maklumat dalam bentuk jaringan maklumat yang bersifat borderless world yang menjadikan dunia sebagai sebuah global village akhirnya menyebabkan dunia Islam juga dibanjiri oleh pemikiran, isme, ideologi dan budaya yang bercampur aduk. Budaya-budaya yang tidak Islamik dan hedonisme melimpah masuk ke ruang dunia Islam.

Malah satu kajian menunjukkan 97% daripada kandungan Internet adalah tidak relevan dengan dunia Islam dan lebih memeranjatkan lagi apabila Dr Tengku Mohd Azzman Syariffadeen mendedahkan lebih separuh daripada maklumat yang diasjikan adalah berbentuk junk, fitnah dan lucah.[1]


Antara implikasi buruk terhadap umat Islam ;


1. Gambaran buruk tentang dunia Islam mudah disebarkan ke seluruh dunia sehingga tidak mampu untuk dikawal ataupun diperbetulkan faktanya. Umpamanya, Ethiopia digambarkan sebagai mewakili dunia Islam yang mundur dan menderita. Iraq dilabelkan sebagai pengganas kepada Perang Dunia yang baru, Saddam Hussein di samakan dengan Adolf Hitler.


2. Pengaruh barat disampaikan secara langsung dalam bentuk yang direka khusus untuk menarika perhatian umat Islam. Madonna dan Marylin Monroe antara dua bintang porno yang digemburkan sebagai personaliti yang dikagumi. Elvis Presley yang membunuh diri juga dikhayalkan sebagai model, begitu juga Rock Hudson yang mati akibat dijangkiti HIV kerana perlakuan sumbangnya. Remaja Islam akhirnya tidak mampu untuk memilih antara yang baik dan yang salah.

3. Menerusi jaringan maklumat dunia (Internet umpamanya) hanya memaparkan lebih banyak maklumat lucah dan berbentuk junk berbanding dengan ilmu. Dan ini memberikan tamparan kesan yang cukup menghiris jiwa umat Islam, apabila baru-baru ini contohnya, terbukti pengguna Internet Malayisa (sebuah negara Islam model kepada dunia hari ini) adalah antara yang diharamkan oleh satu server pengendali laman Internet Relay Chat, iaitu DalNet kerana bersifat lucah yang melampau.[2]

4. Penyebaran maklumat palsu dan penyelewengan Islam juga semakin menjadi-jadi apabila teknologi baru ini dipergunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk menghancurkan fahaman Islam. Umpamanya, usaha yang dilakukan oleh seorang intelek Kristian yang menyebarkan diskusi tentang cabaran Allah agar mencipta ayat-ayat selain daripada al Quran. (Untuk perhatian, sila rujuk contoh salinan yang dilampirkan).

5. Nilai-nilai yang disebarkan oleh media dan teknologi maklumat ini sebenarnya mengancam institusi kekeluargaan dan persaudaraan Islam secara tidak langsung, apabila anak-anak lebih menyayangi komputer peribadi lebih daripada ibubapa, ikatan persaudaraan juga semakin renggang dengan budaya perhubungan secara individual dan interaktif bisu. Malah ia secara tidak langsung mengikis kepercayaan metafizika umat Islam dengan wujudnya pelbagai kemajuan canggih ini.

Kesan-kesan sekularisme di Malaysia

Kesan-kesan Sekularisme Di Malaysia

Sebagaimana kesan yang berlaku di dunia Islam, begitu jugalah halnya dengan Malaysia setelah diserap dengan ideologi sekular ini. Pelbagai aspek kehidupan masyarakat Islam Melayu kelihatan telah berubah setelah kemasukan ideologi ini, dalam pelbagai aspek antaranya :

Aspek Pemikiran

Seperti juga di dunia lain, ia juga turut melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Pemikiran umat Islam di sini semakin hari semakin rapuh dan memandang soal agama hanyalah semata-mata soal ritual sahaja. Bagaimana kita boleh tafsirkan suasana sebegini; dalam majlis agama seperti ceramah, sambutan maulidur Rasul dan sebagainya kita dapati imej dan syiar Islam begitu dijaga, namun pada waktu yang sama, di luar daripada aktiviti sebegitu, Islam tidak lagi diikuti malah aurat kembali dibuka sebaik sahaja syarahan ataupun kelas agama tamat. Dalam urusan perkahwinan umpamanya, rukun, syarat dan adab begitu dijaga kerana bimbangkan perkahwinan tidak sah, namun pergaulan bebas sebelum perkahwinan berlangsung tidak pernah diambilkira dan dipedulikan menurut kaedah Islam. Inilah bentuk pemikiran masyarakat semasa hari ini, yang semakin sebati dengan kehidupan yang mengasingkan hal-hal Islam dengan hal-hal ekonomi, sosial dan lain-lainnya.

Sosial

Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseks dan bohsia semakin berleluasa peningkatannya. Aktiviti-aktiviti sosial kini telah dikelaskan kepada aktiviti agama dan aktiviti bukan agama. Begitu juga dalam aspek pakaian dan pergaulan, dalam majlis ceramah agama, Musabaqah Tilawah Al Quran dan sebagainya kita dapati cukup Islamik, tetapi dalam konsert hiburan dan Pesta Flora umpamanya, langsung tidak relevan dengan aspek keagamaan. Islam tidak wujud dalam konteks tersebut, ataupun muncul dalam bentuk serpihan elemen yang kecil sahaja seperti pembacaan doa dan sebagainya. Pergaulan bebas sudah menjadi norma yang tidak lagi salah, berpasangan sudah merupakan tuntutan semasa, malah berpelukan juga sudah menjadi lumrah pandangan kita di mana-mana. Gambaran perbuatan mereka ini menunjukkan bentuk pemikiran mereka yang kian dipisahkan daripada aspek keislaman.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, pemikiran sesetengah umat Islam yang boleh dianggap melampau apabila dalam sesetengah urusan, lantaran terlau ghairah memikirakan ketiadaan relevan antaranya dengan agama sehingga akhirnya seolah-olah mencemuh dan menghina hukum dan Al Quran. Umpamanya, kes ratu cantik yang ditangkap (1997) ramai tokoh-tokoh negara cuba memperkatakannya menerusi kacamata sekular sehingga menghina ulama’ yang menjatuhkan hukuman tersebut yang didakwa sebagai generasi dinosaur yang kian pupus (berpandangan kolot dan ketinggalan zaman), sedangkan hukum itu adalah ditentukan oleh Al Quran…(Sila Rujuk Ulasan oleh Marina Mahathir. “Religion, where is thy beauty?”: the Star 9 Julai 1997 Section 2/7).

Politik

Aliran politik barat tertanam di dalam jiwa umat di Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Kaedah memisahkan aspek politik daripada tugas ulama’ ataupun mengasingkan politik daripada masjid menjelaskan lagi pemikiran umat Islam hari ini betapa sekularisme terlalu kuat menghantui pemikiran mereka. Pengasingan ulama’ di masjid dan ahli politik di parlimen dengan jelas mendokong ideologi sekularisme dan menolak fahaman islam yang meletakkan Islam sebagai cara hidup yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Malah Rasulullah dahulu menjadikan masjid sebagai pusat keseluruhan aktiviti, menunjukkan integriti agama dengan kehidupan seluruhnya.

Ekonomi

Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat. Negara kita sebenarnya sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding negara-negara lain di dunia apabila sistem perbankan Islam kita menjadi contoh bagi seluruh sistem perbankan Islam di dunia. Namun begitu, elemen sekular yang memisahkan keduanya ataupun sifat dualisme masih wujud apabila sistem perbankan yang berteraskan riba juga masih terus digunakan. Apatah lagi penubuhan Bank Islam dan produk-produk Islam tidak digunakan oleh kerajaan pun, samat-mata disediakan tetapi tidak dimanfaatkan. Jadi, apa yang difahami, sistem Islam telah wujud tetapi ideologi sekularisme masih menebal sehingga tidak lagi mengambil konsep Islam untuk keseluruhan urusan ekonomi negara. Malah dalam aspek pelaburan dan perniagaan, arak dan judi masih terus dibiarkan dan diluluskan permitnya.

Pendidikan

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Sistem pendidikan negara disusun daripada pra-persekolahan sehingga kepada peringkat tertinggi mengambil dasar sekular. Ini terjadi apabila aliran sekolah sudah ditetapkan oleh kerajaan; sama ada aliran agama ataupun bukan aliran agama. Perlu dikaji, apakah yang dimaksudkan dengan aliran bukan agama? Pengajian subjek-subjek umum di sekolah-sekolah digubal menggunakan idea-idea barat yang tidak disepadukan dengan pemikiran Islam. Hanya pendidikan Islam sahaja yang digubal oleh panel yang merujuk kepada pandangan Islam dan rujukan-rujukan yang muktabar. Lalu, bagaimana keseimbangan yang sebegini boleh membina generasi pelajar yang mampan dalam pemikiran Islamnya? Lebih menyedihkan lagi, apabila aliran pendidikan Islam semakin dipandang sepi dan mendesak mayarakat mengutamakan disiplin-disiplin lain yang tidak diajar mengikut perspektif Islam.

Hasilnya pemikiran umat sedikit sebanyak sebati dengan kenyataan bahawa pendidikan aliran agama dan bukan aliran agama dalah terasing dan terpisah. Pengamalan syariat Islam dan penonjolan syiarnya hanyalah dikhususkan di sekolah-sekolah beraliran agama sahaja, seperti kewajipan menutup aurat, pengajaran kurikulum dan aktiviti-aktiviti ko kurikulumnya.

Perundangan

Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem perundangan Inggeris menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Sistem perundangan Malaysia dibahagi kepada dua bentuk iaitu undang-undang Islam dan undang-undang sivil. Idea sekular telah memisahkan kepada dua bentuk yang terasing ini. Kebanyakan aspek menggunakan undang-undang sivil dan undang-undang Islam diperuntukkan untuk hal-hal yang kecil dan peribadi sahaja. Apa yang lebih menyedihkan lagi apabila undang-undang Islam yang seperti serpihan itupun tidak mengamalkan hukum Islam sepenuhnya malah hanyalah pada namanya semata-mata.
Begitu juga dalam aspek kehakiman, sehingga hari ini, Malaysia menggunapakai dua bentuk mahkamah iaitu mahkamah syariah dan mahkamah biasa. Inilah yang kita dapati hasil daripada serangan ideologi sekular di kalangan umat Islam di dunia dan di negara kita khususnya. Islam tidaklah ditolak tetapi disingkirkan daripada tempatnya dan tidak digunakan selayakny

Kesan Sekularisme ke atas Dunia Islam

Ideologi sekular ini secara umumnya menimbulkan banyak kesan negatif berbanding positif ke atas dunia Islam, terutamanya dalam aspek akidah dan pemikiran. Ideologi ini kelihatan seolah-olah melanda umat Islam seluruhnya, malah juga dunia secara amnya. Alan Richardson dalam bukunya The Religion in Contemporary Debate menjelaskan :

Bahawa dunia yang kita lihat sekarang ini adalah hasil daripada sekularisasi umat Kristian dan peradaban mereka.[1]

Berikut ialah beberapa kesan secara umum dalam pelbagai aspek yang melanda umat Islam, hasil daripada penularan ideologi sekular:

Pemikiran

Ia dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah s.w.t. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat islam mula mempertikaikan hal-hal agama terutamanya yang beruipa metafizika dan tidak logik pada pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan solat dan sebagainya.

Sosial

Kedapatan perubahan perwatakan individu dari segi berfikir, bertindak, gaya hidup. Pengasingan diri dari kepentingan beragama menyebabkan kekosongan di dalam diri dan jiwa dan kelahiran pembangunan yang tidak seimbang. Akibatnya keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta gejala-gejala seperti dadah, arak, aids, lesbian, homoseks dan bohsia semakin berleluasa peningkatannya.

Politik

Aliran politik Barat tertanam di dalam jiwa umat di negara-negara Islam seperti fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Pada dasarnya, matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa bertentangan dengan politik Islam yang memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khallifah Allah. Begitu juga, apabila berkuasa, hendaklah menggunakan kuasa untuk menunaikan amanah, tanggungjawab dan kebajikan kepada masyarakat.

Ekonomi

Lahirnya dua bentuk sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sosialis yang bermatlamatkan kekayaan dan material semata-mata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan serta kebajikan masyarakat.


Pendidikan

Corak sistem pendidikan yang lebih mementingkan hal-hal dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral. Sistem pendidikan dualisem telah diperkenalkan ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam.

Perundangan

Penggantian undang-undang dari undang-undang Islam kepada sistem perundangan barat menyebabkan dewasa ini umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang mengamalkannya. Kerajaan Mesir umpamanya telah menghapuskan mahkamah syariah dengan memasukkan peranannya di dalam struktur mahkamah sivil negara.


1.3.1 Ancaman Sekularisme di Malaysia

Dalam perbincangan mengenai isu sekularisme dan kesan-kesannya kepada dunia Islam, kita tidak boleh terlepas daripada membincangkannya dari sudut negara kita sendiri, Malaysia. Meskipun negara kita sudah dianggap oleh dunia sebagai negara model Islam, namun ciri-ciri sekular yang telah kita perkatakan di atas tetap wujud, malah kian ketara dalam pelbagai aspek secara jelas. Berikut kita perhatikan bagaimana penyerapan ini berjaya memasuki masyarakat Islam di Malaysia dan apakah bentuk realiti ideologi sekularisme ini di kalangan masyarakat Islam Malaysia.


Sejarah Kemasukan Sekularisme ke Malaysia

Ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk ke Malaysia apabila British memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan melaksanakan dasar pemisahan antara aspek pemerintahan dan pentadbiran negara daripada penguasaan sultan atau raja. Sultan atau raja diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana manakala residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri. Bertolak dari sinilah, amalan fahaman sekularisme mula menyerap ke dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu Islam sehinggalah ke hari ini.

Sehingga ke hari ini, dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan antara dua kuasa legislatif dan eksekutif, pentadbiran dan urusan raja-raja, yang hanya diperuntukkan kuasa dalam hal ehwal Islam dan adat istiadat. Begitu juga sebenarnya dalam aspek-aspek lain pun, unsur sekularisme ini kelihatan sangat ketara.

CIRI-CIRI SEKULARISME

Althaf Gauhar menggariskan beberapa ciri sekularisme iaitu:

Suatu fahaman yang merujuk kepada penafian hal-hal kerohanian, penafian adanya akhirat, pemisahan antara agama dan nilai kerohanian, kekuasaan sebagai kebebasan mutlak dan institusi agama hanya khusus untuk urusan ketuhanan semata-mata.[1]

Professor Syed Muhammad Naquib Al attas pula meletakkan ciri-ciri sekularisme sebagai aliran yang ingin memperbaiki kehidupan dengan cara material, hal keduniaannya bebas daripada ajaran wahyu, bersifat bebas hasil daripada pemikiran dan pengalaman tanpa hubungkait dengan Tuhan dan kebahagiaan hidup ditentukan oleh dunia.

Secara umumnya, fahaman ini mendokong beberapa prinsip yang mencerminkan dasar dan pandangan ideologi ini, antaranya :

1. Bersifat terasing daripada aspek keagamaan. Ini bererti sekularime mendokong teori yang pernah diungkapkan oleh Martin Luther apabila meminta agar tugas pentadbiran diserahkan kepada Kaisar dan membiarkan tugas-tugas agama dikendalikan oleh paderi-paderi di gereja. Penyisihan agama daripada aspek kehidupan yang lain ini boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini yang menganggap agama hanyalah sebahagian disiplin ataupun aspek yang setaraf dengan sejarah, ekonomi, politik dan sebagainya dan merupakan elemen-elemen yang terasing antara satu sama lain.

2. Sekularisme melatih para pendokongnya agar mengenepikan hal-hal akhirat dan secara tidak langsung supaya mencari kehidupan di dunia semata-mata. Urusan akhirat bagi mereka adalah perkara kedua yang akan difikirkan di dunia Akhirat nanti. Lantaran itu, sekularisme biasanya akan mebawa penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang mementingkan kehidupan dunia dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai masalah individu, umpamanya ideologi materialisme, individualisme, kapitalisme dan lain-lain lagi.

3. Sekularisme juga memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tiada bersempadan. Teori Machievelli[2] merupakan dasar yang dipegang oleh ideologi ini, iaitu Ends Justify The Means (Matlamat Menghalalkan Cara).

4. Sekularisme juga menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak mutlak. Perundangan dan pemerintahan secara sekular tidak mempunyai teras yang tetap dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan semasa tanpa ada sebarang garis panduan yang mutlak. Sebagai contoh, pandangan sekular terhadap perlakuan zina sentiasa berubah-ubah sejak abad ke 15M sehinggalah kini, hal tersebut sudah menjadi hak individu yang tidak lagi menjadi kesalahan di barat.

SEJARAH KELAHIRAN SEKULARISMA

Sejarah Kelahiran Sekularisme

Kelahiran ideologi sekular ini sebenarnya tinbul dalam agama Kristian. Ajaran Bible yang dianuti oleh masyarakat Kristian tidak mengandungi secara langsung aspek-aspek perundangan dan pemerintahan negara, lantara itu suatu idea dan falsafah baru diperlukan sebagai tambahan kepada ajaran Bible tersebut. tAmbahan pula, pemerintahan gerja ketika itu tidak membuka langsung ruang pemikiran dan pengkajian terhadap ilmu-ilmu yang tidak disebut secara langsung dalam Bible, menyebabkan pemberontakan rakyat demi untuk mencipta kemajuan berlaku.

Kelahiran aliran sekularisme barat didorong oleh sebab-sebab berikut :

1. Cengkaman Dan Penguasaan Gereja Secara zalim
Masyarakat barat dikuasai oleh golongan gereja (paderi) yang menentang pembangunan, pemodenan serta ilmu-ilmu sains moden. Dikatakan antara tahun 1841-1801, seramai 32, 000 orang dibunuh oleh gerja kerana pandangannya bertentangan dengan pendapat gereja termasuklah Parnily yang menemui bintang beredar pada orbit, Compland yang menemui planet lain selain daripada bumi, Galileo yang mengatakan bumi mengelilingi matahari dan Columbus yang menemui tanah Amerika. Mereka dibunuh dan dihukum secara kejam akibat daripada pengkajian mereka yang bercanggah dengan ajaran ortodoks Bible. Akibatnya berlaku penentangan terhadap gereja dan Reformasi Agama diketuai oleh Martin Luther (1483 - 1546).

2. Perkembangan Sains dan Teknologi Moden
Penemuan-penemuan dan perkembangan sains teknologi menghilangkan keyakinan masyarakat terhadap kepercayaan agama, perkara-perkara ghaib, mistik dan metafizik. Pencapaian kemajuan sains dan teknologi yang kian canggih akhirnya menyebabkan kelunturan iman kepada perkara-perkara ghaib akibat dimomokkan dengan kejayaan sains dan teknologi membuktikan idea materialisme, dan semua perkara mempunyai sebab yang boleh dibuktikan secara empirikal. Akhirnya, keyakinan agama yang tiada asas empirikal dengan sendirinya tertolak.

3. Revolusi Perancis 1789
Berlakunya revolusi ini dengan perampasan harta benda paderi, penentangan sekolah-sekolah-sekolah gerja dan sebagainya sehingga khirnya kekuasaan paderi dijatuhkan apabila Napoleon Bonaparte, seorang anak petani memulakan kempen merampas kuasa daripada tangan paderi. Prinsip mereka dalam pemerintahan negara diungkapkan oleh ungkapan falsafah mereka “berilah urusan pentadbiran negara kepada Kaisar dan berilah urusan Tuhan (agama) kepada Tuhan.”. Dan pada tahum 1905 Perancis telah meluluskan satu rang undang-undang yang memisahkan antara agama dengan pentadbiran dan kerajaan.

4. Perkembangan Aliran Pemikiran Falsafah Secara Bebas
Kebanyakan pemikir dan ahli falsafah ketika itu memandang agama sebagai penghalang kepada kebebasan berfikir mereka dan akhirnya timbullah pelbagai usul agar kebebasan berfikir dibuka untuk mencipta kemajuan. Hasilnya, lahirlah pemikiran sekularisme. Falsafah dan ideologi ini cukup diminati dan disokong kuat oleh beberapa tokoh ahli falsafah terkemuka seperti Loke, Leibniz, Hegal, Marx, Homes dan Rosseau agar agama dipisahkan daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran negara.

ANCAMAN SEKULARISME

Perkataan ini berasal dari bahasa Latin iaitu Saeculuum membawa erti “masa” dan “tempat”. Oleh itu Saeculuum tidak lari dari membincangkan hal-hal yang bersifat keduniaan. Manakala ‘isme’ ialah aliran pemikiran. Dari segi istilah, sekularisme adalah satu bentuk fahaman yang mengandungi peraturan-peraturan yang dasar dan perlaksanaannya mengenepikan keimanan dan keagamaan.

Alan Richardson pernah mengungkapkan sebagai :

Sekularisme lazimnya diertikan sebagai satu sikap kecenderungan yang luas di kalangan masyarakat untu secara mudah menganggap sepi kepada Tuhan dan semua persoalan yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan kerana kesibukan dengan ehwal duniawi. Kesibukan keduniaan mereka menjadi sebab mereka tidak sempat duduk dan berfikir mengenai hal-hal ukhrawi.[1]

Professor Syed Muhammad Naquib Al Attas mendefinisikan sekularisme sebagai suatu fahaman yang membentuk suatu corak kehidupan di mana berlakunya pembebasan insan daripada agama dan fahaman-fahaman yang tetap, yang menguasai hakikat semesta.[2]

Jelas sekali bahawa dalam sekularisme, perkara-perkara berkaitan dengan urusan kehidupan dari segi politik, ekonomi, poendidikan, pentadbiran dan sosial tidak ada kaitan dengan agama dan gereja. Urusan agama dipisahkan dari urusan kehidupan dengan pemusatan perhatian hidup kepada soal materialisme dan kebendaan. Bertitik-tolak daripada itu, lahirlah beberapa ideologi lain seperti materialisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme, marxisme, liberalisme dan lain-lain. Malah pada suatu peringkat, sebahagiannya seperti Karl Marx cuba menonjolkan ideologi ini sebagai agama baru yang harus dianuti oleh barat.[3] Dengan maksud yang sama ideologi ini berusaha mencapai kebahagiaan pembebasan dan keamanan melalui methodolgi luaran dan berebtuk materialisme tanpa mengambilkira aspek-aspek keagamaan.

Selamat hari raya 2






Gambar disekitar majlis sambutan hari raya keluarga sebelah isteri.

Aktiviti-aktiviti zionis

Walaupun matlamat awal mereka adalah untuk mengembalikan bumi Palestin tetapi akhirnya dengan kombinasi bersama-sama Freemasonry, mereka bergerak untuk menguasai dunia seluruhnya. Kegiatan-kegiatannya mereka bahagikan kepada ;

(a) Tindakan yang bersifat agresif seperti penganiayaan dan pembunuhan. Dalam kepercayaan kitab suci mereka, Thalmud mendakwa bahawa bangsa Yahudi sebagai sebahagian daripada unsur Tuhan yang mulia sementara selainnya adalah Goyim (haiwan).[1] Lantaran itulah mereka dibenarkan berbuat sesuka hati demi untuk menjayakan cita-cita bangsa pilihan Tuhan ini.

(b) Perjanjian-perjanjian yang lebih memihak kepada mereka. Ajaran Thalmud menegaskan, sekiranya berlaku perbalahan dalam sesuatu isu, bangsa Yahudi dibenarkan menipu, membunuh, menganiayai dan memperkosa bangsa lain bagi mencapai matlamat kebenaran mereka.[2]

(c) Kewujudan kelab-kelab sulit pertubuhan atas alasan kebajikan sosial dan kebajikan. Antara kelab-kelab sosial yang dikesan mempunyai hubungan langsung dengan pergerakan ini ialah Freemasonry, Illuminati, Kahila, Rotary Club, Lion Club dan B’nai Bridth Club dan mereka pernah dianggotai oleh tokoh-tokoh dari dunia Islam seperti Hassan Ali Khan, duta Iran ke Paris (1860), Kamal Atartuk Bapa Pemodenan Turki dan sebagainya.[3]

(d) Pendekatan pendidikan dan ilmu pengetahuan. Mereka sedar kaedah membina masyarakat bukan Yahudi yang lemah adalah paling efektif melalui bidang pendidikan lalu mereka menaja beberapa bentuk pengajian yang mendorang umat Islam akhirnya memuja mereka, ataupun kemodenan dan teknologi baru.

(e) Kegiatan ekonomi dan kewangan. Ekonomi dan jaringan kewangan dunia perlu dikuasai oleh mereka kerana itulah kekuatan pergerakan mereka yang rata-r ata keahliannya adalah di kalangan jutawan dan golongan korporat dunia pada hari ini, jaringan ekonomi dunia sememangnya dikuasai oleh bangsa mereka, seperti IMF, MNC dan lain-lain.

(f) Menyemarakkan penghancuran akhlak umat menerusi program-program kebudayaan dan sosial. Program-program yang dirancang oleh mereka ataupun didalangi oleh mereka di sebalik syarikat-syarikat rokok antarabangsa merupakan uasaha mereka untuk menghancurkan umat Islam serta melemahkan akidah mereka.

(g) Juga antara dakyah Zionis adalah dengan menguasai sumber-sumber maklumat semasa dan mempergunakan saluran ini untuk menyebarkan propoganda mereka ke seluruh dunia seperti menerusi TV, Internet, majalah-majalah dan sebagainya. Hari ini kita dapati sebahagian besar maklumat dan gambaran berita yang terdapat dalam media cetak dan elektronik ini didominasikan oleh golongan Yahudi.

Ancaman-ancaman pergerakan Zionis dilihat dari aspek penubuhan Freemasonry (Illumuniti dan Kelab-Kelab Sosial) melalui penyelewengan fakta-fakta sejarah dan kebudayaan Islam, penyebaran Atheisme dan sekularisasi, pembebasan wanita dari ikatan agama dan akhlak serta penekanan materialisme dan kahidupan duniawi. Dari sudut ekonomi Zionis menguasai pasaran kewangan dan bank-bank dunia serta memonopoli sistem ekonomi antarabangsa melalui MNC (Multi-National Cooporation) menyebabkan penggantungan umat Islam terhadap mereka. Melalui media massa umat Islam digambarkan sebagai tidak berperikemanusiaan, malas, miskin dan lain-lain manakala gerakan ini banyak menaburkan dosa dengan pembiayaan program-program bercorak hiburan seperti konsert-konsert, peraduan ratu cantik dan aktiviti-aktiviti sukan dengan cara yang bercanggah dengan tuntutan Islam, bagi melalaikan umat Islam dan menjauhkan mereka dari cara hidup Islam.

Tuesday, October 14, 2008

Sejarah gerakan zionis

CABARAN GERAKAN ZIONIS

Latar Belakang Sejarah

Ia mula wujud dalam sejarah seawal abad ke 6M lagi, apabila bangsa Yahudi ditawan oleh Bakht An Nasr dan mengusir hampir 50 ribu orang Yahudi daripada tanahair mereka iaitu Yahudza. Setelah itu, para pendita mereka diusir ke Babylon ini mengambil sikap untuk bersatu dan membina fahaman zionisme. Tujuan mereka ketika itu adalah untuk berusaha pulang ke pangkuan tanah air mereka di Bukit Zion (ketika itu dikenali sebagai Bukit Sohyun).[1]

Zionis adalah perkumpulan masayarakat Yahudi yang bergerak atas prinsip politik yang berpegang kepada pemikiran zionisme dan bersumberkan kitab Taurat dan Thalmud. Nama zionis diambil sempena nama sebuah bukit yang terletak di Baitul Maqdis yang dianggap sebagai “bandar suci” orang-orang Yahudi. Matlamat utamanya ialah untuk menjadikan Palestin dan wilayah-wilayah sekitarnya sebagai negara Yahudi dan menguasai memerintah dunia secara keseluruhannya.

Penyelewengan terhadap ajaran sebenar nabi-Nabi yang diutuskan menjadikan kaum Yahudi enggan tunduk dan mereka mengiktirafkan diri mereka sebagai manusia yang mulia disisi Tuhan. Namun apabila kaum Yahudi kehilangan tempat tinggal, timbul kesedaran untuk kembali ke bumi Palestin bagi pembinaan kerajaan sendiri. Gagasan pergerakan Zionis berlaku pada tahun 1884 selepas pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di Rusia pada tahun 1882.

Menurut sejarah, pergerakan zionis hari ini adalah rentetan kepada idea zionis yang dicetuskan oleh pendita mereka semasa diusir ke negara Babylon dahulu yang ketika itu menggariskan beberapa matlamat dasar mereka iaitu :

1. Seruan kembali semula ke Bukit Sohyun (Zion).
2. Membina semula negara Nabi Daud (simbol kekuatan negara Yahudi).
3. Membina semula Haikal Nabi Sulaiman di Bait Al Maqdis.
4. Mengembalikan semula pemerintahan negara Yahudi (Palsetin) ke tangan ahli agama Yahudi.

Gerakan ini kemudiannya diteruskan oleh gerakan Al Makabiyaini, kemudiannya Barkhukhia, kemudian Mozis Al Kaiiti. Pada abad yang ke 16M, gerakan David Rabin meneruskan idea zionisme diikuti oleh gerakan Mansyah, gerakan Shabtai Levi yanga merupakan gerakan zionis yang paling ekstrim, kemudiannya gerakan Sanhedrin dan diikuti selepasnya oleh gerakan yang dianggotai oleh golongan korporat Yahudi seperti Montessary dan Russeld.

Kesan daripada pembunuhan beramai-ramai di Rusia, lewat abad ke 19M menyaksikan pertumbuhan gerakan zionis secara rahsia di sana sehinggalah kepada tertubuhnya gerakan zionis yang ada pada hari ini di awal abad ke 20, oleh cetusan semula seorang wartawan Itali bernama Theodore Hertzl.[2]

Rentetan daripada konvensyen yang pertama di bawah pimpinan Theodore Hertzl pada 29 Ogos 1897M, yang dihadiri oleh 50 organisasi zionis daripada seluruh dunia mengusulkan agar dibentuk pertubuhan dengan dasar-dasar yang cukup jelas…akhirnya pada tahun 1906M, lahirlah satu deklarasi yang diberi nama Protokol Yahudi 1906. Antara dasarnya menggariskan beberapa agenda mereka, di samping dengan rasminya mengisytiharkan Palestin sebagai tapak negara yahudi. Sebagai kesimpulannya, kandungan agendanya ialah :

1. Yahudi sebagai bangsa dan agama pilihan Tuhan di dunia. (Protokol 5).

2. Menakluki negara-negara dunia menerusi propoganda, fitnah dan peperangan serta pengwujudan puak-puak pelampau dan hedonis di kalangan bukan Yahudi. (Protokol 7, 10, 11).

3. Mengadakan huru hara dunia. (Protokol 1, 9).

4. Menguasai ekonomi dunia dan mewujudkan krisis ekonomi bagi bangsa bukan Yahudi. (Protokol 3, 4).

5. Menghukum agama-agama selain agama Yahudi. (Protokol 14, 17).[3]

Gereakan zionis ini pernah diharamkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu oleh ketetapan 3379 PBB (10 November 1975) atas alasan mengecam gerakan perkauman, tetapi telah dimasuhkan oleh George Bush pada 16 Disember 1991. Dengan ini, gerakan ini secara sah menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dengan mendapat perlindungan langsung daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

SElamat Hari raya






Sepanjang Sambutan Perjumpaan Hari Keluarga Maarop,Kg.Kelawar,Tg.Malim di Selayang Selangor Pada hari raya ke-3
Kita sering salah faham apa yang dikata dan Nampak tidak sama dengan apa yang kita fikirkan.

Apa tindakan kita?
1-Terus menyerang
2-Mampuslah kau!!

3- Bertanya dan memahami sebenar-benarnya apa yang berlaku.

Jarang sekali kita ambil yang ke-3 kerana kita manusia penuh dengan amarah dan dengki,cuba kita renung situasi ini:“cakap betul-betul you kat mana ni? Tu bising bunyi muzik tu! Macamlah I tak dengar! You Ingat I ni pekak ke ? You kat disko kan? Penipu!,” dakwa si isteri, sakit hati meletakkan gagang telefon.
Walhal suami pada ketika itu sedang minum bersama rakan sepejabat di gerai tepi jalan berhampiran kereta dilengkapi sistem bunyi terkini, berkebetulan diberhentikan pemandu di kawasan sama.

“Semua orang nampak you dengan girl tu duduk dua orang kat Secret Recipe. Duduk kat luar lagi. Langsung tak ada segan silu! Bersembang punyalah mesra. Cuma tak bertepuk tampar saja. Makan cakes three pieces lagi, satu tu kira share la ya? Siapa dia tu? Pesaing I? Tak payah nak bagi seribu alasan!,” tanya teman wanita dalam kesamaran lalu menoktahkan perbualan.

Walhal wanita dimaksudkan, isteri sahabat sedangkan sahabat anda sedang ke bilik air.

“Habis? You ingat I ni buta? Kereta tu siap berhenti depan rumah hantar you balik kerja semalam. Semua jiran nampak la. Berani you ya? Ingat tau, I ni laki you, bukan lelaki dayus kutip tepi jalan!,” marah suami kepada isteri

.Walhal lelaki itu suami kawan sepejabat isteri berkebetulan ingin mengunjungi saudara mara tinggal berhampiran rumah.

Jutaan kejadian lain menimbulkan persoalan berlaku dalam kehidupan seharian.
Pentingnya ada pihak perlu memberikan penjelasan manakala pihak satu lagi bertindak mendengar sebelum membuat keputusan terburu-buru.
Malang, ketika jiwa dibelenggu emosi dan kemarahan teramat, sering mata, telinga dan hati, buta, tuli dan tertutup.

Kisah suami isteri

sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . “kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab… “saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.”

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .
kadi pun tanye si jantan… “hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela”

“tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya ‘masukkan’ dalam vending machine, pas saya ‘tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?”
jawab kadi..”hak kamu le..”
jantan tu kata lak..”hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan “


P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan ‘itu’ anda cam duit syiling … hehehehehhe “


Semasa kedatangan sepupu mereka Husna Qaisara pada bulan ramadhan di banting,selangor.

Monday, October 13, 2008

Kenali komputer anda.

Some computer terms translated to BM, Don’t you think that computer terminology in Bahasa Malaysia is really weird?

Cakera Keras = Hard Disk
Tetikus = Mouse
Papan Kunci = Keyboard
CD-ROM = Cakera Padat Ingatan Melalui Pembacaan (CP-IMP) - Isn’t that bit too much to ingat?
Try pronouncing that without twisting your tongue or pausing to think.
IMPs? Monitor = What’s the term for this? KETUA DARJAH?
Modem = Could it be called “PEMPEND” <– PEModulasi, PENDemodulasi?
Motherboard = “Papan Ibu” probably? Maybe the best motherboards can be awarded the “Papan Ibu Mithali” then?
Sound Card = Kad Bunyi?
Sound Blaster = Peletup Bunyi?
Pipeline Burst Cache = Duit Garisan Paip Meletup?
Local Bus = Bas Tempatan? Sounds good to me.
VESA Local Bus = Bas Tempatan VESA?
Flatbed = Katil leper? OR Katil Rumah Pangsa (Flat)?
WWW = Sarang labah-labah Selebar Dunia (SSD)? Sounds quite convincing to me.
Then what would you call daughterboards? Papan anak perempuan? That sounds a little kinky for me :))
What about SIMMs and DIMMs and such…? *laf* wonder what would you call ink jets then Pancutan Dakwat???
What about “Plug and Play [tm]”? Hmmm..Plug and play….Cucuk dan Main??? Somehow I think not.
Joystick = Batang Gembira or Batang Ria?? Damn obscene man!!
tapi itulah hakikatnya.

before & After marriage.

Before marriage:

He: Yes. At last. It was so hard to wait.

She: Do you want me to leave?

He: NO! Don't even think about it.

She: Do you love me?

He: Of course!

She: Have you ever cheated on me?

He: NO! Why you even asking?

She: Will you kiss me?

He: Yes!

She: Will you hit me?

He: No way! I'm not such that kind of person!

She: Can I trust you?

Now after the marriage you can read it from bottom to the tOP...

RAKSI '08



Gambar semasa program RAKSI'08 disekitar Kg.Pandan ,Kuantan,Pahang.

Saman???

Kalau anda nak check saman samada ada kenderaan atau tiada kenderaan. Ada lesen atau tiada lesen. Anda memang dah kena saman waima anda menaiki basikal. cuba cek kat laman dibawah:

http://pkukmweb.ukm.my/~knam/JPJ.htm

Kalau tak caya cubalah, saya dah cuba kena 3 saman tadi,tak sedar pun.padahal saya naik basikal.

Saturday, October 11, 2008

Nama anak...

Org Jawa, apabila mendapat anak, masa lahir lagi dah diniatkan harapan mak bapak bila anak tu besar esok. Jadi, bila bagi nama, selalunya nama tu ada kena mengena dgn harapan tadi.

Walau bagaimanapun, takut jugak tak menjadi, jadi disamar2kanlah maksudnya…. Berikut diturunkan beberapa nama2 tersebut: -
Harap2 besar esok akan pandai tanam bunga, diberikan nama Rosman.
- Pandai membaiki kereta, namakan Karman -
Everage dlm golf, Parman
- Pandai dlm penulisan, Suratman
- Gagah perkasa, Suparman
- Boleh mendengar sambil berjalan, Wakiman
- Selalu bertanya, Azman(loghat jawa bunyi Asman)
- Pandai buat kuih, Paiman
- Pakar jualan, Salman - Pakar pasal alam sekitar, JASman
- Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu, Saniman
- Doktor gigi, Sigiman - Supaya cepat naik pangkat, Yasman
- Bakal kaki pukul dan dera orang, Deraman
- Yang ada darah benggali, Manbai
-nak anak jadi menteri besar bagi nama .........

Thursday, September 25, 2008

Let's bowl...





Bowling Time

FAKTA ....ATAU ...AUTA

FAKTA 1:
Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina binti Abdullah.

FAKTA 2:
Batu Bersurat TerengganuMengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3:
Keris Taming SariRamai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4:
Bangunan WTC Runtuh di New YorkSebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5:
TalibanSebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6:
Karam Sinkh WaliaSebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je nak tulis nama dia. ....

-petikan dari internet

MERDEKA 50 tahun




aksi Hariz & mawaddah masa menyambut merdeka tahun lepas. Pantang sebut merdeka , terus ambil bendera dan MERDEKA!!!

Wednesday, September 24, 2008

Tak halal???

hari tu saya mendapat satu e-mail mgatakan kek keluaran silverbird(high 5) ada lemak babi.Terus tak bagi isteri beli lagi kek kegemaran anak-anak saya tu. Tapi dengan penjelasan dari pihak silverbird moga dapat meleraikan kekusutan dari kita pihak pengguna. Rasanya pihak syarikat kena mandi bunga selepas satu-satu masalah timbul.harap bersabar dan itulah sepak terajang dalam dunia perniagaan.
untuk membaca surat balasan dari syarikat silverbird sila layari :

http://www.silverbird.com.my/whatpop.php?preid=pre604493

Penat!!!

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja… nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 25.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 24 juta orang.

Dari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej,universiti dll). Jadi tinggal 15 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat dll.) pasal diorang nie nak kerja macam mana… tinggal dalam hutan. Dah tinggal 6 juta orang yang boleh buat kerja….

Dari jumlah itu, tolak 3.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS [Voluntarily Separation Scheme], orang2 tua, fresh university student,kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja….

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja…
Dan 2 orang itu adalah ENGKAU DAN AKU…

Dari dua orang ini… engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung…
Jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie…

MANA AKU TAK LETIH!!

Thanx 4 the 10 cent!

What a word ...10 cent anybody know what is 10 cent,but did any body realise how big 10 cent is.
When i'm at secondary school this 10 cent help me to buy a drink and also ice cream malaysia. That time it is so big value, but now...... you ask your neighbour how many cent they give to their children per day . No cent la bro.. at least RM 2.00 with 10 cent you can't buy nothing during recess.
But yesterday our leader just announce our petrol price decress 10 cent. Thanx but no thanx. We so appericiate it( did we).
I think better they put that 10 cent to other example give extra money to OKU fund or others. That better then you give back our 10 cent after you take our 70 cent .

Thanx but no thanx

Lawak kejap!

...Lumba Kereta...
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan.Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7 berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje.... "ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...",tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" "ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie... "over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

Masa santai

Ahmad Zikry 1 bulan
Arghh!!!! Ngantuknya....
2 beradik kalau lama sangat bermain jadi gaduh.
Penat shopping di Kuantan Plaza...

5 % govt.tax

Setiap kali kita membeli barang terutama di restoran makanan segera taraf gergasi kita akan dihidangkan dengan 5 % govt.tax yang perlu dibayar oleh kitakerana nak menggunakan atau mahu perkhidmatan atau barangan yang dijual disitu.
Tapi tahukah kawan-kawan sekalian tax ini dikenakan apabila sesebuah premis/syarikat mempunyai pendapatan kasar RM100,000.00 sebulan (kalau tak silap saya) jadi kenapa perlu kita bayar padahal diaorang yang kaya.
Sepatutnya yang kaya perlu membayar bukan marhaen. Masa sibuk-sibuk ceta nak kurangkan harga bila minyak naik ada ceta nak hapuskan tax ini. tapi saya tidak setuju kerana yang ingin menikmati makanan atau perkhidmatan ini hanya yang mampu bukan Cik Ali yang duduk kat rumah banjir kat Kg.Isap.
Pada pendapat saya marilah kita jangan menggunakan perkhidmatan yang caj tax kerajaan ini bukan kerana ia dikenakan cukai kerana ia akan balik pada kita juga.Tapi kerana ia dicaj kepada kita yang mahu menggunakan perkhidmatam itu, cukup la masuk jamban kena caj(tapi bersih) .
Ini sekadar pandangan yang mahu dikongsi.

Monday, September 22, 2008

Selamat Berpuasa dan berhari raya

Salam pada semua,

pada bulan mulia ini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yg mgenali diri saya jika ada tkasar bahasa tgurau kata.ampun maaf dipinta. Zakat fitrah tak bayar lagi semua skali RM RM36.50 harga satu bahgdad RM7.30 insyaallah hari ni bayar kat surau.Bukan apa takut-takut terlupa.
sekian dulu moga bjumpa lagi dilain lembaran.

wassalam.