Wednesday, October 15, 2008

Cabaran Baru Umat Islam: ICT

Kemunculan teknologi maklumat dan komuniksai yang semakin canggih banyak membawa perubahan positif dalam dakwah dan perhubungan Islam. Dakwah umat Islam semakin lancar dan mudah disampaikan kepada seluruh manusia, namun perlu juga kita ingat bahawa penciptaan teknologi ini oleh barat sebenarnya dibayangi oleh propoganda mereka bagi digunakan untuk menyerang umat Islam dan seterusnya menguasai dunia. Teknologi maklumat dalam bentuk jaringan maklumat yang bersifat borderless world yang menjadikan dunia sebagai sebuah global village akhirnya menyebabkan dunia Islam juga dibanjiri oleh pemikiran, isme, ideologi dan budaya yang bercampur aduk. Budaya-budaya yang tidak Islamik dan hedonisme melimpah masuk ke ruang dunia Islam.

Malah satu kajian menunjukkan 97% daripada kandungan Internet adalah tidak relevan dengan dunia Islam dan lebih memeranjatkan lagi apabila Dr Tengku Mohd Azzman Syariffadeen mendedahkan lebih separuh daripada maklumat yang diasjikan adalah berbentuk junk, fitnah dan lucah.[1]


Antara implikasi buruk terhadap umat Islam ;


1. Gambaran buruk tentang dunia Islam mudah disebarkan ke seluruh dunia sehingga tidak mampu untuk dikawal ataupun diperbetulkan faktanya. Umpamanya, Ethiopia digambarkan sebagai mewakili dunia Islam yang mundur dan menderita. Iraq dilabelkan sebagai pengganas kepada Perang Dunia yang baru, Saddam Hussein di samakan dengan Adolf Hitler.


2. Pengaruh barat disampaikan secara langsung dalam bentuk yang direka khusus untuk menarika perhatian umat Islam. Madonna dan Marylin Monroe antara dua bintang porno yang digemburkan sebagai personaliti yang dikagumi. Elvis Presley yang membunuh diri juga dikhayalkan sebagai model, begitu juga Rock Hudson yang mati akibat dijangkiti HIV kerana perlakuan sumbangnya. Remaja Islam akhirnya tidak mampu untuk memilih antara yang baik dan yang salah.

3. Menerusi jaringan maklumat dunia (Internet umpamanya) hanya memaparkan lebih banyak maklumat lucah dan berbentuk junk berbanding dengan ilmu. Dan ini memberikan tamparan kesan yang cukup menghiris jiwa umat Islam, apabila baru-baru ini contohnya, terbukti pengguna Internet Malayisa (sebuah negara Islam model kepada dunia hari ini) adalah antara yang diharamkan oleh satu server pengendali laman Internet Relay Chat, iaitu DalNet kerana bersifat lucah yang melampau.[2]

4. Penyebaran maklumat palsu dan penyelewengan Islam juga semakin menjadi-jadi apabila teknologi baru ini dipergunakan sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk menghancurkan fahaman Islam. Umpamanya, usaha yang dilakukan oleh seorang intelek Kristian yang menyebarkan diskusi tentang cabaran Allah agar mencipta ayat-ayat selain daripada al Quran. (Untuk perhatian, sila rujuk contoh salinan yang dilampirkan).

5. Nilai-nilai yang disebarkan oleh media dan teknologi maklumat ini sebenarnya mengancam institusi kekeluargaan dan persaudaraan Islam secara tidak langsung, apabila anak-anak lebih menyayangi komputer peribadi lebih daripada ibubapa, ikatan persaudaraan juga semakin renggang dengan budaya perhubungan secara individual dan interaktif bisu. Malah ia secara tidak langsung mengikis kepercayaan metafizika umat Islam dengan wujudnya pelbagai kemajuan canggih ini.

No comments: