Wednesday, October 15, 2008

Strategi Menghadapi Cabaran

Dalam strategi menghadapi cabaran ini, pelbagai method dan bentuk boleh digunakan. Bagaimanapun, berikut adalah antara cadangan alternatif yang boleh diambil oleh umat Islam bagi menghadapi ancaman dan cabaran ini.

1. Negara-negara umat Islam perlu membebaskan diri dari belenggu ideologi penjajah dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan. Seharusnya, dunia Islam perlu kembali kepada sistem politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan perundangan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah.

2. Pemantapan akidah Islamiyah dan semangat jihad di dalam diri setiap umat perlu ditanam. Tidak hairanlah apabila Abul A’la Al Maududi meletakkan jihad sebagai rukun islam yang keenam, bagi memperlihatkan betapa jihad merupakan suatu tuntutan wajib dalam menghadapi era masa kini.

3. Al-Quran dan Al-Hadith dijadikan rujukan semula perlaksanaan perjalanan hidup merangkumi segala urusan.

4. Para pemerintah Islam perlu disedarkan bahawa menegakkan sistem pemerintahan Islam merupakan tuntutan agama. Pemerintahan Islam yang melindungi umat Islam daripada terkeluar agama (murtad) adalah amat penting bagi memelihara umat Islam daripada dipengaruhi dan dikalahkan oleh musuh-musuh Islam.

5. Aktiviti sosial, kebudayaan tercemar dan kesenian yang merosakkan perlu dihapuskan sama sekali. Aktiviti-aktiviti hedonistik perlu dibasmi segera untuk mencapi matlamat kejayaan Islam.

6. Pendidikan dan pengajaran mengenai Islam perlu dipertingkatkan serta penekanan yang lengkap mengenai Islam kepada institusi pembelajaran dari taman asuhan mahupun ke peringkat universiti. Maklumat-maklumat dan pengetahuan agama yang diperolehi juga harus diteliti dan dikenalpasti terlebih dahulu agar tidak terpengaruh dengan strategi orientalis dan sebagainya.

7. Dakwah Islamiyah perlu dilakukan secara berhikmah dan kebijaksanaan. Ajaran Islam perlu disebarkan dengan cara yang mudah, praktikal serta lojik dan ilmiah Kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kehendak Islam semasa hendaklah digunakan termasuklah dengan menggunakan ilmu-ilmu moden seperti ilmu pedagogi, sosiologi, psikologi dan sebagainya.

8. Saingan teknologi dan perkembangan sains moden harus dihadapi dengan usaha-usaha positif oleh umat Islam bagi mengimbangi cabaran teknologi maklumat hari ini. Contoh yang terbaik ialah dengan pengasasan platform[1] ke arah penubuhan IslamNet oleh Liga Arab, bagi menyaingi Internet.

No comments: