Wednesday, December 30, 2009

GERHANA bulan & matahari.

Para ulamaý bersepakat bahawa solat kusuf (gerhana matahari )dan solat khusuf (gerhana bulan) adalah sunnah muakadah ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan. Seafdhalnya, ia ditunaikan secara berjamaah meskipun cara tersebut bukan merupakan salah satu syarat perlaksanaannya. Bagi menyeru perlaksanaan solat kusuf, lafaz pengumuman ýal-Solat Jamiahý dikemundangkan. Mengikut jumhur ulamaý, solat ini dua rakaat dan dalam setiap rakaat dilakukan dua kali rukuk. Menurut Aisyah r.a ýBerlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah. Lalu Rasulullah menuju ke masjid dan mengangkat takbir mendirikan sembahyang. Orang ramai berada dalam saf di belakangnya (mengikuti beliau). Rasulullah membaca bacaan ayat yang panjang, kemudian dia bertakbir dan melakukan rukuk yang panjang (iaitu lebih kurang bacaan ayat al-Quran yang mula-mula). Kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata ýSamiaý Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamdý. Kemudian dia berdiri membaca ayat yang panjang lebih kurang panjangnya dengan bacaan yang pertama tadi. Selepas itu dia bertakbir dan melakukan rukuk kedua yang lebih kurang sama dengan rukuk yang mula-mula tadi dan sekali lagi mengucapkan ýSamia Allahu liman hamidah, rabbana wa laka hamdý. Kemudian dia sujud dan melakukan perkara yang sama dalam rakaat yang kedua.ý Dalam riwayat lain dinyatakan, Rasulullah pernah menyempurnakan solat kusuf sebanyak 4 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca surah al-Fatehah dan dipilih mana-mana surah al-Quran untuk dibaca selepas bacaan al-Fatehah. Bacaan dalam solat kusuf diharuskan sama ada dinyaringkan atau diperlahankan kecuali bagi al-Bukhari yang mengatakaný Bacaan secara nyaring adalah lebih tepatý. Begitulah juga cara perlaksanaan solat khusuf (gerhana bulan). Dalam pada itu, digalakkan juga bertakbir, berdoa, bersedekah dan berselawat sepertimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah bersabda ýSesungguhnya matahari dan bulan antara tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang ataupun kehidupan seseorang. Apabila kamu melihat gerhana (sama ada matahari ataupun bulan), maka berdoalah kepada Allah, bertakbir, bersedekah dan berselawatý. Bagi mazhab Syafie, khutbah solat khusuf merupakan salah satu syarat solat. Manakala bagi mazhab Hanafi dan Maliki, tidak disyaratkan khutbah bagi solat kusuf. Antara isi khutbah ialah peringatan ýSesungguh matahari dan bulan adalah tanda keAgungan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana kerana kematian seseorangý. Ini adalah berasakan mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali. Manakala bagi mazhab Hanafi, solat kusuf adalah dua rakaat seperti mana solat jumaat dan solat hari raya tetapi tidak disyaratkan khutbah. gerhana bulan berlaku malam ini (malam tahun baru) jumaat pertama dlm thn baru, insyaAllah pada pukul 1 pagi.. daripada kita mengira waktu masuknya tahun baru, adalah lebih baik kita menyaksikan fenomena Allah ini dan menghayati Kekuasaan & Keagungan Allah Subhanahu Wa Ta'ala ..SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LA ILA HAILLALLAH ,ALLAH HU AKHBAR! WALA HAWLAWALA KUWATA ILLA BILLAH HIL 'ALIYILL 'AZHIM, ASTAGHFIRULLAH HAL 'AZIM.. INALLAHA GHAFURUROHIM

No comments: